anisa
Pejam celik, dah 2 bulan lebih aku bergelar seorang guru.

Masih aku ingat lagi tika pertama kali aku menjejakkan kaki ke SMK Cheras Jaya, macam-macam perasaan yang aku rasakan walaupun itu bukan lah kali pertama aku menjejakkan kaki di sekolah itu. Dulu jadi pelawat, xde ape la sangat.

Sekarang, aku jadi cikgu kat sekolah ni..macam x caya je..tp itu la kenyataan yang aku kena terima. Mungkin juga berkat doa mak dan abah, nak kan anaknye mengajar dekat dengan mereka. Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, terpaksa merantau di tempat orang mencari rezeki, aku selesa berada di rumah dengan sekolah yang dekat sangat dengan umah, sehingga kan ada yang kata aku guna kabel pulak..hakikatnya, ia adalah satu rezeki...syukur alhamdulillah....mungkin telah termaktub rezeki aku disini, mengajar anak-anak jiran ku.

Aku redha, walaupun kadang-kadang aku rasa agak rimas dan terkongkong jugak mengajar budak-budak kat sini. Mana tak nya, budak-budak tu main kat padang depan rumah aku, tiap kali aku keluar rumah je, nampak la dorang kat luar tu.Kire glamor la jgk kan, nak pegi mane2 diperhatikan orang..hahaha... Itulah realiti seorang guru....

So far, aku enjoy menjadi seorang guru...dapat rakan sejawat yang best, banyak beri aku tunjuk ajar, maklumlah, aku ni budak baru belajar. dan yang paling best lg, aku yang paling muda kat bilik HEM tu...kikiki..:)
anisa
Sbb aper kite nk boikot smbtn hari Valentine? Smbutan 14th Februari ni bese jer, bg kad2 cinta, nk ekspresikn cinta pd org t'syg, dlm Islam pon ade cnte kn??.. Ape kes?!

So, npe nk boikot? 1st skali, kite tgok sejarah dye. Sejarah b'mulenye smbutan hari Valentine ni apabila Saint Valentine(paderi kristian) yg idop era abad ke-3 M. Jase paderi tu ialah dye mmperjuangkan cinta di kalangan pnduduk Rom pd mase tuh. Disebabkan prjuangan dye, ramai pmuda yg xnk mnyertai perang coz x nk tggalkn kekasih. So, ape yg jelas kt sni? Jelasnye ialah budaya sambutan hari Valentine ni dimulakan dgn paderi Kristian. Konklusinya, budaya menyambut hari Valentine ialah budaya agama Nasrani. Mngenai isu ni, baginda ade b'sabda “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada golongan mereka.” (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar). Selain tu, baginda juge b'sabde ,“Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umatku (umat Islam).” (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin Syu’aib). Maka, di situ kite sudah jelas bhwe haram menyambut hari Valentine.

2nd, Islam x pnh mngajar umatnye supaye m'khususkan satu hari utk m'ekspresikan cinta kpd kekasihnya(isteri/suami). Sdgkan budaye sambutan Valentine ni menyaran supaya manusia melupakan buat sementara waktu aktiviti harian mereka pd 14th februari, dan tumpukan sepenoh prhatian kpd kekasih mereka. So, trdpt unsur2 penipuan dan kepura2an dlm smbutan hari Valentine ni. Mereka melebihkan kasih mereka pd hari Valentine melebihi hari2 biase, kerana mnjadi trend org melebihkan pd hari Valentine. Maka t'buktilah bhwe trdpt unsur2 kepura2an pd smbutan. Mereka melebihkan kasih syg pd kekasih mereka bukan kerana ikhlas, tetapi kerana trend hari Valentine!!..

3rd, yg sudah mnjadi kebiasaan, hari Valentine merupakan hari utk psgn2 ni utk mmbuat maksiat. Psgn2 muda mnggap hari Valentine sprt magik, krn pd hari itulah nafsu mereka mmbuak2, dn mereka juga tahu bhwe pd hari itulah nafsu psgn2 mereka mmbuak2. Maka, t'hasillah anak luar nikah melalui hubungan zina. Sdgkan Allah sudah b'firman, “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(Surah Al-Israa’,17:32). Hari Valentine bukan shj sambutan yg m'hampiri zina, malah 14th Februari juga tlh mnjadi tarikh zina buat manusia2 yg x takut pd Allah. Jd, mengapakah masih mahu prthnkan bhwe peryaan hari Valentine masih x slh??..

Oleh itu, cukup dgn hnye 3 faktor yg tlh dikemukakan utk m'iktiraf p'haraman sambutan Hari Valentine!
anisa
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ooh..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..
anisa
Bismillahirrahmanir rahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri
Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya
Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan

Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?

Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku. ..

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?

Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu

Amiin Ya Rabb..
Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah.

:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::