Showing posts with label students. Show all posts
Showing posts with label students. Show all posts
anisa
Tanggal 14 Mac, aku kena bertugas untuk bawa budak2 kadet polis bertanding kawat kaki kat PPD Hulu Langat. Inilah pengalaman pertama aku dalam kadet polis ni. Nasib aku baik sebab ramai antara cikgu-cikgu kadet polis yang lain banyak ajar aku. So, xde la aku terkontang kanting sendiri.

Pukul 7 pagi,platun2 kadet Polis dah berkumpul di sekolah. Semua platun melaporkan diri kat aku sebelum bertolak ke PPD Hulu Langat. Ada jugak yang datang lewat, nasib baik lah cikgu pengiring sorang lagi, Kak Aishah da tunggu kat PPD untuk daftarkan penyertaaan.

Kami tiba di PPD dalam pukul 8 pagi. Dengan keadaan yang hujan, meredah hujan la semuanya untuk mencarik 'port' untuk berkumpul dan melakukan persiapan sebelum bertanding.














( inilah sebahagian gelagat2 platun kadet polis SMK Cheras Jaya bersiap sebelum bertanding)



Ada 2 kategori yang dipertandingkan pada hari tu iaitu Kategori Agensi Kerajaan (GO) lelaki dan perempuan dan Kategori Bukan Kerajaan (NGO) lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun, SMK Cheras Jaya hantar 1 pasukan Kadet Polis perempuan sahaja. Kire ok la jugak kan, dari takde langsung kan.



Platun SMK Cheras Jaya mendapat giliran yang ke 9 dari 10 pasukan yang bertanding dalam kategori Agensi Kerajaan (perempuan).






Keputusan daripada pertandingan, SMK Cheras jaya hanya memenangi Ketua Platun terbaik yang dimenangi oleh Farah Ain Mohd Asri.


Majlis tamat lebih kurang jam 6 petang dengan keadaan hujan yang turun buat kali keduanya.
anisa
Pejam celik, dah 2 bulan lebih aku bergelar seorang guru.

Masih aku ingat lagi tika pertama kali aku menjejakkan kaki ke SMK Cheras Jaya, macam-macam perasaan yang aku rasakan walaupun itu bukan lah kali pertama aku menjejakkan kaki di sekolah itu. Dulu jadi pelawat, xde ape la sangat.

Sekarang, aku jadi cikgu kat sekolah ni..macam x caya je..tp itu la kenyataan yang aku kena terima. Mungkin juga berkat doa mak dan abah, nak kan anaknye mengajar dekat dengan mereka. Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, terpaksa merantau di tempat orang mencari rezeki, aku selesa berada di rumah dengan sekolah yang dekat sangat dengan umah, sehingga kan ada yang kata aku guna kabel pulak..hakikatnya, ia adalah satu rezeki...syukur alhamdulillah....mungkin telah termaktub rezeki aku disini, mengajar anak-anak jiran ku.

Aku redha, walaupun kadang-kadang aku rasa agak rimas dan terkongkong jugak mengajar budak-budak kat sini. Mana tak nya, budak-budak tu main kat padang depan rumah aku, tiap kali aku keluar rumah je, nampak la dorang kat luar tu.Kire glamor la jgk kan, nak pegi mane2 diperhatikan orang..hahaha... Itulah realiti seorang guru....

So far, aku enjoy menjadi seorang guru...dapat rakan sejawat yang best, banyak beri aku tunjuk ajar, maklumlah, aku ni budak baru belajar. dan yang paling best lg, aku yang paling muda kat bilik HEM tu...kikiki..:)
anisa
Kenangan yang amat bermakna pada diri ini apabila bergelar seorang guru pelatih selama 3 bulan di SMKBBSL. Pengalaman ini membuatkan diri ini belajar tanggungjawab sebagai seorang pendidik dalam dunia yang kompleks kini. Mengajar dan mendidik merupakan suatu tugas yang mencabar. Guru-guru sekarang juga terdedah dengan cabaran-cabaran dunia yang kompleks. Antaranya adalah masalah disiplin dikalangan pelajar.
Selama berada di sekolah, diri ini berasa kecewa dengan perangai pelajar-pelajar sekarang yang kurang hormat kepada guru. Ditegur salah, tak ditegur pun salah... hmmm, entah la... Ini lah cabaran yang bakal aku tempuhi bila bergelar seorang guru kelak.

Kepada pelajar-pelajar ku di SMKBBSL, terima kasih di atas kerjasama kalian sepanjang cikgu bersama kalian. Kenangan itu, merupakan kenangan manis cikgu bersama kalian semua. Cikgu mengharapkan yang terbaik daripada kalian semua untuk masa depan kalian sendiri. Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Cikgu sayang kamu semua....

4 Gigih with Pn. Fasiha

4 G - smile (",)

Thanks a lot... nice card.....

4 Cekal - the naughty class