anisa
Tanggal 14 Mac, aku kena bertugas untuk bawa budak2 kadet polis bertanding kawat kaki kat PPD Hulu Langat. Inilah pengalaman pertama aku dalam kadet polis ni. Nasib aku baik sebab ramai antara cikgu-cikgu kadet polis yang lain banyak ajar aku. So, xde la aku terkontang kanting sendiri.

Pukul 7 pagi,platun2 kadet Polis dah berkumpul di sekolah. Semua platun melaporkan diri kat aku sebelum bertolak ke PPD Hulu Langat. Ada jugak yang datang lewat, nasib baik lah cikgu pengiring sorang lagi, Kak Aishah da tunggu kat PPD untuk daftarkan penyertaaan.

Kami tiba di PPD dalam pukul 8 pagi. Dengan keadaan yang hujan, meredah hujan la semuanya untuk mencarik 'port' untuk berkumpul dan melakukan persiapan sebelum bertanding.














( inilah sebahagian gelagat2 platun kadet polis SMK Cheras Jaya bersiap sebelum bertanding)



Ada 2 kategori yang dipertandingkan pada hari tu iaitu Kategori Agensi Kerajaan (GO) lelaki dan perempuan dan Kategori Bukan Kerajaan (NGO) lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun, SMK Cheras Jaya hantar 1 pasukan Kadet Polis perempuan sahaja. Kire ok la jugak kan, dari takde langsung kan.



Platun SMK Cheras Jaya mendapat giliran yang ke 9 dari 10 pasukan yang bertanding dalam kategori Agensi Kerajaan (perempuan).






Keputusan daripada pertandingan, SMK Cheras jaya hanya memenangi Ketua Platun terbaik yang dimenangi oleh Farah Ain Mohd Asri.


Majlis tamat lebih kurang jam 6 petang dengan keadaan hujan yang turun buat kali keduanya.
0 Responses